Menu

Dua Bot Ronda Ppm Dihantar Kawal Perairan Esszone


Pengerang, 8 Mac - Bagi mengukuhkan kawalan keselamatan di ESSZONE Sabah, dua buah bot ronda milik Pasukan Polis Marin (PPM) digunakan dan telah berlepas dari Jeti Tg Pengelih, Johor merentasi Laut China Selatan menuju ke destinasinya pada jam 12.40 awal pagi tadi.

Majlis 'sending off' telah diadakan dan dihadiri oleh Komander (PPM) Wilayah Dua, ACP Zainul Abidin bin Hasan, Timbalan (PPM) (Operasi/Risik), ACP Paul Khiu Khon Chiang bersama Pegawai Kanan dan anggota dari PPM Wilayah Dua serta ahli keluarga mereka yang terlibat.

Bot ronda PA53 dari Markas Wilayah 1 Batu Uban dan bot ronda PA54 dari Markas Taktikal Pengerang Wilayah 2 bersama 21 orang anggota PPM termasuk dua pegawai akan menjalankan tugas operasi di ESSZONE Sabah untuk mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di kawasan perairan berkenaan daripada pencerobohan anasir-anasir subversif.


Sumber : Pasukan Polis Marin Johor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS