| Kota
Baharu, 31 Mac - Polis menahan dua lelaki kerana disyaki memiliki
selaras senapang buatan sendiri dalam Ops Cantas Khas di sebuah rumah di
Kampung Aur Duri, Salor di sini semalam Ketua
Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman berkata kedua-dua suspek
berumur 26 dan 30 tahun itu ditahan pada pukul 4.30 pagi. "Hasil risikan, polis melakukan serbuan ke atas rumah terbabit dan menahan dua suspek berkenaan. "Pemeriksaan
yang dilakukan menjumpai satu laras senapang buatan sendiri berada
dalam almari dalam bilik tidur rumah tersebut," katanya ketika dihubungi
hari ini. Beliau berkata polis turut menemui beberapa komponen motosikal yang telah dileraikan dalam rumah berkenaan, disyaki dicuri. "Siasatan
awal mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan
mereka kini direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan
lanjut," katanya. Azham
berkata kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam
sebatan jika sabit kesalahan. Mereka
juga disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1995 kerana
memiliki barang curi yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau
denda RM1,000 jika sabit kesalahan. Sumber : BERNAMA |