Menu

Dua Lelaki Ditahan, Cubaan Seludup PTI Gagal

Pengerang, 14 Mac - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua warga tempatan yang dipercayai dalang kegiatan penyeludupan keluar dan masuk pendatang tanpa izin di sekitar Sg Rengit, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Zainul Abidin bin Hasan berkata, pasukannya berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dan melarikan diri apabila cuba dihampiri semasa menjalankan Op Pensura di Teluk Ramunia.

"Walaubagaimanapun suspek ditahan selepas 20 minit kemudian dan berjaya merampas sebuah bot bersama seunit enjin jenama Yamaha," katanya lagi.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke PPM Pengerang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002.


Sumber : Pasukan Polis Marin Perak

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS