Menu

Dua Lelaki Edar Syabu Ditahan

Tawau, 3 Feb - Dua lelaki ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Tawau dalam cubaan mengedar dadah di kawasan muara dekat sini malam semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad bin Madun berkata pihaknya menemui dadah jenis syabu seberat 1,042.70gram yang dianggarkan bernilai RM 200,000 dalam sebuah beg galas yang dibawa oleh salah seorang suspek yang ditahan di atas sebuah bot di muara sungai Kampung Ice Box.

Kedua-dua suspek yang merupakan warga Indonesia dan barang dirampas dibawa ke pejabat PPM untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS