| Labuan,
12 Feb - Polis menahan dua suspek termasuk seorang wanita dan merampas
syabu seberat 12.04 gram dalam dua tangkapan berasingan di sekitar
bandar, di sini, baru-baru ini. Ketua
Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata dalam serbuan pertama
pada anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan wanita
tempatan berumur 20 tahun yang disyaki pengedar dadah. "Semasa
diberkas terdapat satu kotak rokok di tangan suspek dan hasil
pemeriksaan lanjut, polis menemui dadah jenis syabu seberat 6.64 gram di
dalam kotak rokok itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Hasil siasatan ke atas wanita berkenaan membawa kepada penangkapan rakannya seorang lelaki berusia 30 tahun, katanya. "Polis
menemui satu paket plastik dipercayai dadah jenis syabu daripada suspek
lelaki dengan anggaran berat kasar 5.40 gram di dalam poketnya,"
katanya. Hasil ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine, katanya. Sumber : BERNAMA |