Menu

Geng Komponen Motosikal Curi Tumpas

Satu geng menjual komponen motosikal curi di sebuah kedai motosikal di Jalan Hashim di sini sejak setahun lalu tumpas apabila empat lelaki termasuk tauke kedai itu ditangkap polis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, keempat-empat lelaki berusia antara 19 hingga 45 Lahun itu ditahan di rumah dan bengkel dalam beberapa siri serbuan bermula 15 Januari lalu.

"Hasil serbuan, kita merampas antaranya sebuah motosikal Honda C70 yang menggunakan komponen curi, empat buah rangka motosikal yang dileraikan dan enam blok motosikal.

"Turut ditemui tiga penutup tengah enjin, dua buah kepala motosikal, satu set alat ganti Yamaha Ego, satu blok motosikal Kawasaki KR150 dan dua sport rim motosikal Yamaha," katanya di sini semalam.

Ujarnya, modus operandi mereka ialah mencuri motosikal di sekitar daerah ini dan melerai komponen itu sebelum menjualnya di kedai terbabit untuk dijual kepada pelanggan yang datang membaiki motosikal.

Jelasnya, bagi mengelak kegiatan itu dikesan, rangka motosikal terbabit disvaki dibuang ke parit-parit sekitar daerah ini selepas komponennya diambil.

Katanya, kejayaan tersebut berpunca daripada siasatan terhadap satu kes kecurian motosikal di Taman Indah, Sungai Abong dekat Bakri di sini yang hilang pada pukul 10 malam, 19 Januari tahun lalu.

Berikutan tertangkapnya kesemua suspek, pihaknya percaya dapat menyelesaikan lima kes berkaitan curi motosikal di daerah ini.


Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS