Temerloh,
14 Feb - Polis Temerloh berjaya menumpaskan geng pecah kenderaan 'Along
Wawa' dengan penahanan empat anggota kumpulan itu termasuk seorang
wanita di sebuah rumah di Kampung Megat Segama, Songsang di sini. Ketua
Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua mereka yang
berumur antara 23 dan 29 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira 5.45
pagi pada 23 Jan lepas hasil maklumat awam dan intipan polis.  Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh |