Menu

Geng Samun Kenderaan Ditahan Bersama Pistol

Pulau Pinang, 10 Mac - Pasukan polis berjaya menahan 2 lelaki melayu dipercayai cuba curi kenderaan tetapi tidak berjaya dan melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback.
 
Hasil pemeriksaan polis menjumpai sepucuk pistol jenis CZ 75 Compact Cal 9 Luger buatan Czech Republic, 12 butir peluru, 1 kelopak pistol, 1 sarung pistol dan pelbagai peralatan disyaki untuk mencuri kereta.

Suspek dipercayai datang ke Seberang Jaya dari Pendang Kedah untuk mencuri kenderaan di Seberang Perai Tengah,selepas membeli pistol tersebut di Padang Besar Thailand.

Dalam kes yang berasingan, seorang pekerja yang baru menghabiskan kerja menjumpai sepucuk pistol tanpa Magazine dan peluru di dalam kawasan berlukar tepi jalan.Pengadu telah menyerahkan pistol tersebut di Balai Polis Bandar Baru setelah selesai kerja. Pihak polis mengesahkan ianaya tulen dan adalah pistol betul jenis STAR.SA.CAL 7.65 MM 32.

Sidang media tersebut dikendalikan oleh Dato' A.Thaiveegan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dan SAC Mazlan Bin Kesah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang.






Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS