HELAH GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU TIDAK MENJADI
Kajang, 5 Mac – Helah seorang lelaki
menggunakan nombor pendaftaran palsu semasa menunggang motosikal yang
dicuri terbongkar apabila ditahan sepasukan polis dari Cawangan
Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Bandar, Kajang petang semalam.
Suspek
yang berumur 40 tahun itu ditahan semasa melalui Jalan Taman Seri
Baiduri, Bandar Teknologi Kajang ditahan anggota yang sedang membuat
rondaan di kawasan tersebut dan pemeriksaan lanjut mendapati motosikal
yang ditunggang telah dilaporkan hilang di daerah itu.
Pemeriksaan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Facebook Polis Selangor
|