| Ledang
- Seramai 85 pengedar dadah di daerah ini berjaya ditahan melalui
beberapa siri tangkapan Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Ledang sepanjang tahun lalu. Ketua
Polis Daerah Ledang, Supt Mohd Salleh Razak berkata, jumlah tersebut
menunjukkan peningkatan sebanyak 23 kes berbanding tahun sebelumnya. "Permintaan terhadap penggunaan dadah juga meningkat sebanyak 41.8 peratus iaitu 730 kes tahun lalu, manakala 515 kes pada 2012. "Bilangan
penagih dadah yang ditangkap tahun lalu ialah 731 orang meningkat
sebanyak 93 tangkapan berbanding 2012. Mereka yang ditahan berusia
antara 20 hingga 50-an termasuk penagih tegar," katanya ketika ditemui. Katanya,
dadah jenis heroin merupakan rampasan terbesar tahun lalu kira-kira
sebanyak 1,336.86 gram (gm) dengan nilai pasaran yang dianggarkan ialah
RM200,530. Manakala syabu pula rampasan kedua terbesar dengan berat
444.35 gm yang bernilai RM74,060. "Keseluruhan
rampasan bahan terlarang seberat 17,81.21 gm dianggarkan bernilai
RM306,500 dan boleh menampung bekalan kepada 9,700 penagih.  Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian |