Menu

Jala Ikan Di Pesisir Pantai, Empat Nelayan Ditahan

Pelabuhan Klang, 28 Mac - Empat nelayan kempunan hasil tangkapan apabila dicekup oleh Pasukan Polis Marin (PPM) ketika sedang menangkap ikan di kawasan kurang daripada 3 batu nautika dari pantai, semalam.

Dalam kejadian pada awal pagi, sebuah botronda PGR 29 yang sedang menjalankan Operasi Pensura telah mengesan dua buah bot nelayan kelas B sedang menangkap ikan di perairan Laut Tanjung Karang.

Namun, kedua-dua bot terbabit gagal meloloskan diri daripada Polis Marin dan telah ditahan atas kesalahan melanggar syarat lesen dibawah Akta Perikanan 1985.

Keempat-empat nelayan warga tempatan bersama bot masing-masing dibawa ke jeti PPM P/Klang untuk tindakan lanjut.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM P/Klang, DSP. Norzaid Muhammad Said berkata kedua-dua bot yang ditahan telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan Pelabuhan Klang untuk diambil tindakan selanjutnya.

"Bot nelayan kelas B seharusnya menjalankan operasi menangkap ikan di kawasan 5 batu nautika ke atas".

"Polis Marin memandang serius kesalahan ini kerana ia bukan sahaja merosakan ekosistem pesisiran pantai malah boleh mengakibatkan berlaku pergaduhan dengan nelayan pantai," katanya lagi.


Sumber : Pasukan Polis Marin Klang

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS