Tiga suspek termasuk seorang janda
ditahan membantu siasatan pihak polis berhubung penemuan dadah yang
disorokkan dalam tiang besi katil dua tingkat di Simpang Tiga Merkang,
Kelantan kelmarin.
Serbuan
yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayan Narkotik
(JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh telah menahan suspek yang
berumur antara 21 hingga 37 tahun itu di sebuah rumah tidak bernombor
ketika mereka sedang tidur.
Siasatan awal mendapati dadah yang disorokkan diperoleh dari Kuantan, Pahang dan dijual sekitar daerah tersebut secara runcit.
Ke semua suspek ditahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 
Sumber: Sinar Harian |