| George Town, 9 Feb - Polis menahan lapan kaki judi di sebuah premis di Lorong Madras, di sini awal hari ini.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata dalam serbuan
pukul 1.45 pagi itu kesemua lelaki berusia antara 26 dan 69 tahun
terbabit didapati sedang leka bermain judi jenis yoke menggunakan papan
mahjong.
"Polis
turut merampas wang pertaruhan berjumlah RM667 dan 24 blok papan
mahjong serta beberapa cip pelbagai warna," katanya dalam satu kenyataan
di sini malam ini.
Beliau
berkata kesemua lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut
Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman
maksimum enam bulan penjara dan denda tidak melebihi RM5,000, jika sabit
kesalahan.
Sumber : BERNAMA |