| Shah
Alam, 4 April – Lapan lelaki warganegara Colombia ditahan Sepasukan
polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
dalam dua tangkapan berasingan di Seksyen U1 Shah Alam dan Damansara
Perdana, Petaling Jaya dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah
pecah rumah di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Serdang dan Subang Jaya
minggu lalu. Dalam
kejadian yang berlaku, pihak polis telah mengekori sebuah kenderaan
yang menggunakan nombor pendaftaran berbeza di bahagian hadapan dan
belakang kenderaan yang dinaiki. Namun
ketiga-tiga suspek yang berasal dari Colombia berjaya ditahan dan hasil
pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut telah menjumpai pelbagai
peralatan pecah rumah yang diletakkan dalam bonet kereta tersebut. Timbalan
Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Abd. Rahim Jaafar berkata pihaknya
telah merampas ke semua peralatan yang dijumpai termasuk kereta jenis
Toyota Camry. "Modus
operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan menggunakan kereta
mewah dan menjalankan kegiatan sekitar waktu bekerja dan pada waktu
malam". "Ekoran
daripada tertangkapnya ketiga-tiga suspek, pihak polis telah
menjalankan serbuan ke atas sebuah kondominium Damansara Perdana,
Petaling Jaya dan telah berjaya menahan lima lagi lelaki warganegara
Colombia yang juga dipercayai terlibat dalam sindiket jenayah pecah
rumah malah menjumpai pelbagai barangan berharga yang dipercayai hasil
kegiatan pecah rumah dan pelbagai peralatan". "Dengan
tertangkapnya lapan suspek ini pihak polis dapat menyelesaikan 11 kes
pecah rumah yang melibatkan warga Amerika Latin," katanya lagi. Ke semua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen Seksyen 457 Kanun Keseksaan.       Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor |