| Labuan,
6 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan menahan seorang lelaki serta
merampas 1,080 botol minuman keras dalam 'Op Landai' yang diadakan di
Jalan Pekan Menumbok, di sini malam tadi.
Lelaki
berusia 21 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan polis ke atas sebuah
lori menemukan 1,080 botol minuman keras jenis Heineken tanpa cukai yang
dianggarkan bernilai RM5,400. Turut dirampas sebuah lori bernilai
RM70,000.
Suspek
termasuk barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Menumbok
untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta
Kastam 167.  Sumber : Pasukan Polis Marin Labuan |