Semporna,
5 Feb – Seorang lelaki nekad terjun ke laut bagi mengelakkan diri
daripada dicekup sepasukan Polis Marin (PPM) Semporna semasa menjalankan
Op Cantas Laut di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Labuan Haji,
malam tadi.
Menurut
ACP Mohamad bin Madun, Komander PPM Wilayah ketika serbuan pihaknya
telah menemui tiga botol baja urea, tiga unit detonator (peledak) yang
telah siap dipasang sumbu dan 50 unit detonator yang disembunyikan dalam
air di bawah rumah tersebut.
Walau
bagaimanapun, lelaki tersebut berjaya melarikan diri dan peralatan yang
dijumpai dibawa pulang ke Markas Operasi PPM serta disiasat di bawah
Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.  Sumber : Pasukan Polis Marin Semporna Sabah |