Menu

Lima Kenderaan Curi Antara Sepuluh Kenderaan Ditemui

Lima buah kenderaan mewah yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang ditemui pihak polis bersama lima lagi kenderaan dalam satu serbuan di kawasan pendaratan paragliding di Batu Hampar, Jugra, Banting.

Kesemua kenderaan yang ditemui dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penyeludupan rokok oleh sindiket yang dipercayai telah lama aktif.

Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sebentar tadi berkata kejayaan ini adalah hasil intipan sepasukan polis yang dibentuk oleh Ketua Polis Daerah Banting selama sebulan dan ia secara tidak langsung dapat mematahkan sindiket penyeludupan serta sindiket curi kenderaan.






Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS