Kuala Lumpur: Polis menahan seramai
22 individu termasuk seorang wanita dalam Op Bersepadu mingguan oleh Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju sejak 1 April sehingga Isnin
lalu.
Ketua
Polis Daerah, Supritendan Nor Azman Muhamad Yusuf berkata, kesemua yang
ditahan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu ditahan atas pelbagai
kesalahan jenayah.
"Bagi tangkapan membabitkan pasukan narkotik, pihak kita berjaya merampas dadah seberat 8.23 gram heroin.
"Seramai
lapan lagi suspek ditangkap kerana terlibat dengan beberapa kes jenayah
termasuk tiga daripadanya merupakan orang IPD Wangsa Maju dikehendaki
bagi kes melibatkan kecederaan parah, samun dan ragut serta Akta
Kesalahan Kecil," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabatnya di sini
semalam.
Tambah
Nor Azman, seramai enam suspek juga ditahan oleh Bahagian Siasatan
Jenayah Komersil kerana terlibat dengan pengedaran iklan dan poster
pemberi wang pinjaman tanpa lesen.
"Dalam
tangkapan di tiga lokasi berlainan, kita berjaya merampas kira-kira
2,130 keping iklan dan poster berkaitan pinjaman daripada ah long.
"Kesemua
mereka daripada agensi berlainan namun ditahan atas kesalahan yang sama
iaitu mengikut Seksyen 11 (2) Akta Pemberi Wang Pinjaman Tanpa Lesen "
ujarnya lagi. 
Sumber: Utusan Malaysia
|