Menu

Optimis Tangani Jenayah Remaja Melalui NBOS

Dungun: Polis Diraja Malaysia (PDRM) optimis dapat mengurangkan kadar jenayah serta disiplin membabitkan remaja serta pelajar di sekolah rendah dan mencngah bersama beberapa agensi lain menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pelajaran akan terus memperkasakan Program Remaja Berwawasan ke seluruh negara.

"Beberapa pengisian baru yang lebih menarik termasuk pelaksanaan kem musim panas akan dilaksanakan membabitkan golongan sasar berusia antara 12 hingga 17 tahun."

"Sembilan aktiviti kem musim panas yang dirancang tahun ini turut membabitkan remaja di Terengganu dan Kclantan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pcnutup Program Remaja Berwawasan ATM, PDRM dan Kementerian Pendidikan di Mes Pegawai Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, semalam.

Beliau berkata, remaja mudah terdedah dengan pelbagai ancaman dan godaan yang mampu merosakkan moral mereka, malah statistik menunjukkan peningkatan 149 peratus masalah jenayah dalam kalangan golongan itu pada tahun lalu.

Menurutnya, program yang dilaksanakan itu bukan saja untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar, malah bagi mempersiapkan modal insan kumpulan itu yang menjadi aset utama dalam kelangsungan program transformasi negara.

"Ancaman kepada pelajar ini datangnya dari keadaan persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan keluarga yang bcrantakan sekali gus menjadi antara penyumbang yang mempengaruhi keperibadian serta sikap pelajar."

"Selain itu, kecanggihan teknologi juga menjadi pendorong kepada salah laku dan disiplin serta moral pelajar pada peringkat sasar ini," katanya.


Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS