| KAJANG,
9 Februari - Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bersama Cawangan
Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kajang telah berjaya menahan dua
lelaki dipercayai terlibat dengan jenayah curi motosikal.
Suspek
yang dalam perjalanan dari Kajang menghala ke Kuala Lumpur telah
ditahan ketika melalui susur keluar di Kilometer 21, Lebuhraya Grand
Saga. Ketika ditahan suspek menaiki sebuah motosikal dan hasil semakan
mendapati motosikal yang dinaiki telah dilaporkan hilang di Jinjang
Kuala Lumpur.
Kedua-dua
suspek yang ditahan berumur 19 tahun dan merupakan penduduk tempatan
dan pihak polis bertindak merampas motosikal terbabit serta disiasat di
bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Dalam
kejadian yang berasingan, turut ditahan dua lelaki disyaki terlibat
dalam satu kejadian samun di Tanah Perkuburan Cina Sungai Kantan, Kajang
pada selasa lalu diberkas polis.
Kedua-dua
suspek ditahan oleh sepasukan dari Task Force, Bahagian Siasatan
Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dalam satu serbuan di
sebuah rumah di Kampung Pindah, Sungai Kantan, Kajang awal pagi tadi.
Dalam
serbuan yang dijalankan, pihak polis telah merampas sebuah motosikal,
beberapa unit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai untuk siasatan
lanjut.
Suspek yang berusia 19 dan 21 tahun itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Sumber : BERNAMA |