| KUALA
LUMPUR 15 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) akan meningkatkan rondaan cegah jenayah bersama terutama
di lokasi tumpuan pelancongan di seluruh negara mulai hari ini
bersempena Tahun Melawat Malaysia. Pengarah
Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah PDRM, Datuk Ayub Yaakob
berkata, pihaknya telah mengumumkan penambahan 26 lokasi baharu rondaan
di seluruh negara pada 25 Februari lalu. Jelasnya,
pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kawasan rondaan
cegah jenayah bersama antara dua pasukan keselamatan itu kepada 70
lokasi. "Bersempena
Tahun Melawat Malaysia tahun ini, kita akan memberi fokus kepada
lokasi-lokasi pelancongan utama agar pelancong atau orang awam bukan
sahaja berasa gembira melancong sebaliknya yakin dan selamat sepanjang
berada di lokasi.” "Ini
bukan sekadar rondaan biasa kerana kita telah mengarahkan anggota
terlibat untuk berinteraksi dengan orang awam termasuk pelancong untuk
mendapatkan apa sahaja maklumat dan maklum balas terhadap keselamatan di
lokasi terlibat.” "Kita
juga sedang dalam perancangan untuk membuat integrasi dengan lain-lain
unit dalam PDRM termasuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi
meningkatkan rondaan di lokasi pelancongan terlibat," katanya lagi.     Sumber : Keratan Akhbar China Press, Guang Ming Daily, Sin Chew Daily dan Utusan Malaysia |