Menu

Pembalakan Haram: Ribuan Kayu Balak Ditemui

Selalang, 8 Feb - Dua ribu batang kayu balak dijumpai oleh sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak ketika sedang menjalankan Op Cantas Perairan di kawasan sementara simpanan balak (Longpond), Sungai Angap tengah hari semalam.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati ke semua kayu balak pelbagai jenis dan saiz itu tidak mempunyai dokumen sah dan disyaki diperoleh secara haram.

Turut dijumpai sebuah lori Treler 10 roda dan jengkaut yang disyaki digunakan untuk kerja-kerja pembalakan.

Kesemua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM 590,000 dan diserahkan ke Jabatan Perhutanan Sarikei untuk tindakan lanjut.


Sumber : Pasukan Polis Marin Sarawak

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS