Menu

Pemilik Akaun Fb 'Man Namblast' Ditahan Reman

Kuala Lumpur, 12 Feb - Pemilik akaun Facebook 'Man Nambalast' yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mengenai sambutan Thaipusam pada Januari lepas ditahan reman empat hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata guru sekolah menengah di Segambut berusia 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Batu Caves kira-kira 12.30 tengah hari.

Susulan penahanan itu, polis bersama pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) merampas satu unit pemprosesan berpusat (CPU) dan sebuah modem di kediaman suspek.

"Suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan kes disiasat mengikut Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.

Pada 17 Jan lepas, pemilik akaun facebook 'Man Nambalast' dan 'Mohamed Hidayat' memuat naik status yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu semasa sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya kelmari mengesahkan penangkapan suspek yang menggunakan nama 'Man Namblast' dalam Facebook. 

Sumber : BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS