Menu

Penduduk Lega Esscom Diwujudkan

Sejak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ditubuhkan tiada lagi insiden pencerobohan berlaku.

ESSCOM mengambil langkah drastik mengukuhkan 62 pos kawalan keselamatan tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA) sekitar daerah terbabit bagi mengekang anasir luar yang cuba menggugat keselamatan atau melakukan aktiviti menyalahi undang-undang.

Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mantek berkata melalui usaha yang dijalankan telah menunjukkan kesan positif dan pada masa yang sama agensi ini proaktif menambah aset pertahanan serta melaksanakan penyusunan semula penempatan atas air bermula di Semporna, disusuli Sandakan dan Lahad Datu yang kini dalam perancangan.


Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS