Polis Kuala Lumpur berjaya menangkap
seorang perempuan warganegara asing dan telah merampas lima bundle wang
kertas USD100 yang disyaki palsu, tiga bundle wang kertas RM50.00 yang
disyaki palsu, tiga bundle kertas putih ukuran wang kertas RM50.00, satu
plastik mengandungi serbuk berwarna kekuningan dan note USD yang belum
disahkan ketulenannya.
Orang
ramai yang pernah terlibat dalam pelaburan yang mempunyai M.O yang sama
supaya diminta membuat laporan Polis di balai terdekat. Orang ramai
dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas sebarang
bentuk pelaburan yang ingin diceburi yang meragukan .
Polis
mengalu-alukan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kes-kes
ini. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan
/ Hotline PolisKL 03-21159999 atau Pejabat Risikan Komersil IPK KL
ditalian 03-21460642 
Sumber IPK Kuala Lumpur |