Menu

Perlawanan Badminton Erat Hubungan Polis, Penduduk

Seramai 15 anggota polis dari Balai Polis Putra Prima, Puchong mengadakan perlawanan persahabatan badminton dengan penduduk kawasan perumahan Taman Mas di dewan Taman Mas, Puchong, Selangor semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Mas, Wan Mohamad Wan Ali berkata perlawanan persahabatan itu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak polis dengan penduduk setempat.

Selain itu katanya masyarakat akan menangkis persepsi bahawa isu keselamatan bukan hanya terletak pada bahu pasukan keselamatan bahkan menjadi tanggungjawab bersama.


Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS