| Keinginan
untuk menikmati hidup senang dengan gaji lumayan seperti diceritakan
rakan-rakan yang telah menetap di Malaysia menjadi punca 62 warga Turki
bertekad menyelinap masuk ke Negara ini secara haram melalui sempadan
Thailand. Bagaimanapun
kesemua mereka termasuk 24 orang kanak-kanak ditahan anggota Pasukan
Gerakan Am (PGA) yang menjalankan rondaan rutin berdekatan pagar
sempadan Malaysia-Thailand di Pos Padang Besar 16 dan 17. Menurut
pihak polis, kehadiran PATI terbabit disedari anggota PGA yang berkawal
di pos berkenaan yang terlihat pergerakan manusia.  Sumber : Keratan Akhbar Kosmo |