| Pasir
Mas, 23 Mac - Polis merampas sebanyak 14,800 biji pil kuda dianggarkan
berharga RM296,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Sri
Rantau, Rantau Panjang di sini. Ketua
Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata selain itu polis
turut merampas wang tunai berjumlah RM90,000 dalam serbuan pukul 4
petang Khamis lepas dan menahan dua lelaki berumur 38 dan 42 tahun
selepas pergelutan. "Kesemua
pil khayal jenis WY itu dianggarkan bernilai RM296,000 pada harga
pasaran yang dipercayai diseludup masuk untuk pasaran tempatan. "Katanya
kesemua pil kuda dan wang tunai itu ditemui di dalam sebuah bilik dan
wang berkenaan dipercayai hasil jualan pil berkenaan," katanya dalam
sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Pasir Mas di sini, hari ini. Haliludin
berkata seorang daripada lelaki itu adalah rakyat Thailand manakala
seorang lagi rakyat tempatan berumur 38 tahun dan didapati positif
dadah. Kedua-dua lelaki itu ditahan reman sehingga Rabu depan. Sumber : BERNAMA |