Menu

Polis Gempur Iklan Sindiket Ceti Haram

Operasi menurunkan kain rentang dan poster pinjaman ceti haram atau along masih diteruskan dimana baru-baru ini Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Perak berjaya merampas 1,798 helai kain rentang dan poster iklan along yang diletakkan di beberapa tempat antaranya pondok menunggu bas, papan tanda dan tiang lampu.

Timbalan Ketua JSJK Perak, Superintendan Anuar Omar berkata kewujudan pelbagai iklan along turut mendatangkan masalah kepada pihak berkuasa tempatan yang terpaksa bertungkus lumus mencabut semua poster yang ditampal.

Sejak operasi tersebut dijalankan kadar penampalan semual iklan berkurangan sekali gus mencatikkan semula kawasan tumpuan awam.Sumber: Harian Metro



Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS