Pasir
Putih, 25 April - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan kegiatan
penyeludupan minyak diesel di Jeti Kilang Air Batu Kampung Pak Mayung,
Tok Bali awal pagi semalam. Dalam
operasi yang dijalankan oleh PPM, 5 anggota bersama ketua bot ronda PA6
telah berjaya menahan dua lelaki melayu yang dipercayai kelindan dan
pemandu sebuah lori bersama minyak diesel bersubsidi sebanyak 38,000
liter yang dipercayai bernilai RM76,000. Siasatan
lanjut terhadap kedua-dua suspek mendapati minyak diesel bersubsidi itu
akan dibekalkan kepada Syarikat Pristine Milinium Sdn. Bhd. namun
mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen mengenai pemilikan minyak
diesel tersebut. Kesemua
barang rampasan dan suspek telah ditahan di bawah Seksyen 21 Akta
Kawalan Bekalan 1961 dan diserahkan kepada pihak KPDNKK Pasir Putih,
Kelantan untuk tindakan lanjut.  Sumber : Pasukan Polis Marin Kelantan |