Menu

Polis Marin Tahan Pendatang Asing Di Pontian

Pontian, 12 Mac - Polis Marin Wilayah Dua menahan 8 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia termasuk dua wanita di perairan laut Pontian Kecil di sini, awal pagi tadi.

Komandernya ACP Zainul Abidin Hasan berkata kesemua PATI itu ditahan ketika berada di dalam sebuah bot laju dalam keadaaan mencurigakan bagi cubaan untuk keluar dari negara ini secara haram.

Turut ditahan dua lelaki, masing-masing warga tempatan dan Indonesia yang dipercayai bertindak sebagai tekong dan sebuah bot dengan enjin 75 berkuasa kuda berjaya dirampas.

"Kesemua PATI yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 manakala dua lelaki yang dipercayai tekong diperuntukkan kesalahan di bawah Seksyen 26 (A) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainul Abidin berkata dengan kejayaan tangkapan tersebut, Polis Marin berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan manusia yang bergiat aktif di kawasan sekitar Pontian.


Sumber : Pasukan Polis Marin Johor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS