| Melaka,
3 April - Polis Melaka melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai
RM82,320 melibatkan 390 kes pemilikan dadah bagi daerah Melaka Tengah
dalam tempoh 2009 hingga 2012. Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka Supt Md Azmi Othman berkata
dadah berkenaan melibatkan 8,600 gram dadah jenis heroin; ganja (2,400
gram); syabu (68,000 gram); ketamin (1,800 gram) selain 1,150 biji
pelbagai jenis pil dan 113 mililiter ubat batuk Kodein. "Semua
barang kes ini dilupuskan atas arahan mahkamah dan ia melibatkan kes
yang telah selesai jatuh hukum," katanya kepada pemberita selepas
pelupusan dadah tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di
sini, hari ini. Beliau
berkata pelupusan tersebut juga bertujuan mengurangkan kesesakan barang
kes di stor simpanan di setiap ibu pejabat daerah polis. Katanya semua barang kes tersebut dilupuskan melalui proses pembakaran. Sumber : BERNAMA |