Muar: Polis menyerbu dua pusat
hiburan yang menyediakan mesin permainan berunsurkan perjudian di Jalan
Salleh dan Jalan Haji Abu di sini, kelmarin.
Ketua
Polis Daerah Muar Assisten Komisioner Azman Ayob berkata dalam Ops Dadu
itu, pihaknya merampas 43 mesin permainan bagi membantu siasatan.
Sejak awal tahun ini,
polis menyerbu 60 pusat hiburan keluarga di sekitar daerah kerana
disyaki menjalankan kegiatan berunsur perjuduan dan beroperasi hingga
lewat malam.
Sumber: Berita Harian  |