Polis berjaya mencapai 32.90 peratus kadar penyelesaian kes tahun lalu iaitu naik 1.93 peratus daripada 30.97 peratus pada 2012.
Ketua
Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi berkata kadar indeks jenayah
menunjukkan peningkatan sedikit iaitu 24 kes daripada 1,605 kes pada
2012.
Tahun
lalu, polis Sibu menangkap 841 orang berkaitan dadah termasuk 499 Cina,
145 (Iban), 116 (Melayu), 63 (Melanau), 11 (orang asing) dan lain-lain
tujuh orang.
Daripada 842 orang yang ditahan, 333 daripada adalah penganggur, 41 (ahli perniagaan), enam kakitangan awam dan 461 (lain-lain).
“Pada 2013, polis telah
merampas 11,137.19 gram dadah jenis syabu, 495.42 gram (ganja), 43.92
gram (ketamin), 83 biji (pil estasy dan 204 (eramin),” katanya pada
Program Pendidikan Pencegahan Jenayah di Dewan Suarah Sibu Ahad lalu. Program tersebut dihadiri pelajar sekolah menengah daripada pelbagai sekolah diiringi 64 guru. Mohd Kamal mengucapkan syabas kepada polis Sibu yang berjaya menyelesaikan 536 kes tahun lalu dan 497 kes pada 2012. Mohd Kamal turut memberitahu tentang punca jenayah, faktor menjurus kepada jenayah serta pencegahan jenayah. Turut hadir Ketua Pengarah
Penjara Negeri Abdul Kadir Rais, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsan Wan
Madihi Mohd dan Pengarah Unit Keselamatan Negeri Datu Dr Yusoff Nook.
Sumber:Utusan Borneo
|