| Bachok,
1 April - Polis menahan seorang bekas tentera kerana disyaki memiliki
selaras senapang angin buatan sendiri di Gunung di sini, semalam. Ketua
Daerah Polis Bachok DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata lelaki berusia 37
tahun itu ditahan di rumahnya pada pukul 5 pagi, Isnin. "Polis
juga turut merampas 76 biji bebola besi yang dipercayai dijadikan
peluru senapang berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Abdul Hamid berkata polis turut merampas sebilah pedang yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu kereta milik suspek. Suspek
ditahan reman selama empat hari mulai semalam, untuk disiasat mengikut
Akta Senjata 1960 dan Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata
Berbahaya 1953. Sumber : BERNAMA |