| Rompin,
16 Mac - Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mencuri 20 biji
bateri berkapasiti 12V/150 AH bernilai RM16,000 di sebuah kabin
pencawang syarikat komunikasi di bandar ini malam tadi. Ketua
Polis Daerah Rompin Supt Johari Yahaya berkata polis bergegas ke lokasi
kejadian selepas menerima maklumat sebelum berjaya memberkas suspek
kira-kira jam 8.30 malam. Katanya
hasil pemeriksaan polis menemui 16 biji bateri bersama tiga suspek
tersebut dan pemeriksaan lanjut di dalam lori milik suspek berjaya
menemui empat lagi bateri selain peralatan yang digunakan suspek untuk
memecah masuk kabin pencawang berkenaan. "Siasatan
awal juga mendapati salah seorang daripada suspek terbabit turut
memiliki rekod jenayah lampau bersabit penyalahgunaan dadah," katanya
kepada pemberita di sini hari ini. Beliau
berkata polis percaya kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an itu
terbabit dengan beberapa lagi kes kehilangan bateri di pencawang
syarikat komunikasi lain di daerah ini. Kesemua suspek katanya direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Sumber : BERNAMA |