Menu

Polis Tahan Tiga Lelaki Suspek Kes Rompak, Bunuh Warga Emas

Kota Bharu, 4 Mac - Polis Kelantan menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh dan rompak seorang wanita warga emas di Kampung Kutan Tengah, Tumpat di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 25 dan 33 tahun itu ditahan di Wakaf Baharu, Tumpat kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

"Pihak kami akan melakukan siasatan ke atas suspek serta membuat perbandingan sampel DNA (di antara suspek dan DNA yang diperoleh dari tempat kejadian.

"Siasatan awal kami mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

"Kita akan reman kesemua mereka esok di Mahkamah Majistret, Tumpat bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, Wan Meriam Wan Mahmood, 85, yang tinggal sendirian, maut selepas perompak memecah masuk rumahnya di Kampung Kutan Tengah, Tumpat.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS