| Polis
Berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan
tertangkapnya tujuh ahli sindiket berkenaan termasuk enam warga asing
dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini. Mereka
yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warga Nigeria, tiga wanita
warga Uganda termasuk pelajar sebuah kolej swasta dan seorang lelaki
warga tempatan yang berusia antara 22 dan 42 tahun. Pihak
polis berkata dalam enam serbuan dijalankan selama dua minggu bermula
20 Februari lalu itu, polis Berjaya merampas dadah jenis syabu seberat
4.9 kilogram bernilai RM900,000.  Sumber : Keratan Akhbar Kosmo |