| Miri,
8 April - Polis di sini hari ini membongkar taktik dua lelaki rakyat
tempatan yang menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan kereta
palsu dari Brunei untuk mengelak daripada dikesan menggunakan kenderaan
curi. Ketua
Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata taktik itu dikesan empat anggota
Unit Rondaan Bermotosikal (URB) polis semasa meronda di sebuah pasar
raya di kawasan Senadin apabila menahan dua suspek berumur 35 dan 37
tahun pukul 12.30 tengah hari. "Dua suspek tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan dan kereta Proton Waja yang dicuri juga dirampas," katanya. Gan
berkata, hasil pemeriksaan mendapati nombor casis enjin kereta yang
digunakan suspek sama dengan kereta Proton Waja yang dicuri di Bintulu
pada 2012. URB Miri dilancarkan pada 8 Mac dan setakat ini unit itu beroperasi di Kuching, Padawan, Sibu dan Bintulu. Sumber : BERNAMA |