| Sandakan,
28 Feb – Pasangan suami isteri dan enam orang anak berusia setahun
hingga 12 tahun ditahan bersama 12 PTI yang lain oleh Pasukan Polis
Marin (PPM) Sandakan dalam Op Cantas Khas Perairan di Kawasan Sg Batu 3,
malam semalam. Komander
PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohammad Madun berkata, bertindak atas
maklumat, pasukan PPM telah telah mengejar dan menahan sebuah bot laju
jenis kayu lebih kurang 20 kaki panjang yang tiada nombor pendaftaran
berwarna biru/hijau/kuning dilengkapi enjin Yamaha 75 hp di kawasan
perairan Batu 3 pada 9.00 malam. "Hasil
pemeriksaan mendapati seramai 20 penumpang yang berumur di antara
setahun hingga 68 tahun disyaki cuba menyelinap masuk ke Sandakan secara
tidak sah dari Basilan, Filipina." Katanya. "Semua
penumpang termasuk seorang Jurugan yang berusia 50 tahun berasal dari
Bakungan Besar, Filipina tiada memiliki sebarang dokumen perjalanan yang
sah," katanya lagi. Kesemua PTI dan rampasan bot laju dan injin bernilai RM22,000 dibawa ke pengkalan PPM Sandakan untuk siasatan lanjut. Kes
disiasat di bawah Seksyen 26A Anti Trafficking In Person and Anti
Smuggling OG Migrants 2007 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63. Sementara
itu di Kawasan Sg.Tinusa, pasukan PPM yang membuat intipan dan
pemantauan di kawasan perairan Batu 3 menggunakan bot PSC 14 telah
mendapati sebuah bot laju dari arah laut menuju Sungai Tinusa malam
semalam. ACP Mohammad Madun berkata apabila di hampiri, bot laju tersebut terus memecut laju dan enggan berhenti apapila diarahkan. Setelah dikejar speed bot tersebut hilang kawalan dan melanggar jambatan di dalam perkampungan Tinusa. Juragan bersama beberapa penumpang telah bertindak untuk terjun dan terus melarikan diri. Hasil
pemeriksaan lanjut pihak PPM berjaya menahan seorang remaja lelaki
berusia 14 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun berada di
dalam bot tersebut. Kedua-dua
mereka tiada memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah dan disyaki
cuba menyusup masuk ke sandakan melalui jalan yang tidak sah dari
Filipina. Kes
disiasat di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan suspek
bersama rampasan bot laju dan injin bernilai RM 6,500 dibawa ke
pengkalan PPM Sandakan siasatan lanjut.
Sumber : Pasukan Polis Marin Sandakan |