Muar, 24 Feb - Lima anggota Unit
Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 yang ditugaskan dalam Op
Bantuan di Jambatan Kedua Sg Muar dan di parit Sg Abong, Muar dari 20
hingga 22 Februari lalu telah berjaya menemui semula dua buah rangka
motosikal yang telah dibuang oleh kumpulan sindiket curi motosikal.
Menurut
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2, ACP Zainul Abidin bin Hasan,
pasukan Unit Selam PPM membantu Bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah
untuk mengesan barang kes dan telah berjaya menemui semula dua buah
rangka motosikal jenis Kawasaki RR150cc dan Honda EX5.
"Pengalaman
yang dimiliki oleh anggota dan tugas yang dilakukan dengan penuh
komitmen adalah faktor kejayaan penemuan ini walaupun terpaksa membuat
selaman di dalam parit yang kotor serta arus sungai yang kuat dengan
jarak penglihatan yang terhad," ujar beliau.
Kesemua
barang kes yang ditemui diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan
Jenayah Ibu Pejabat Daerah Muar untuk tindakan selanjutnya. 
Sumber: IPD Muar, Johor
|