Menu

PPM Tahan Empat Lelaki Bersama Bot Tunda

Tumpat, 2 Feb - Empat lelaki tempatan ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor dalam Op Pensura semasa pemeriksaan ke atas sebuah bot pukat tunda pada jarak 4.6 batu nautika dari Pantai Kuala Besar, di sini, malam semalam.

Menurut Pemangku PP Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor, Insp Virak A/L Kong Pet keempat-empat individu berkenaan, seorang tekong dan tiga awak-awak berusia lingkungan 30 hingga 65 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan lanjut mendapati bot yang dinaiki mereka telah ditunda kurang daripada lima batu nautika dan melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

Turut dirampas bot tunda bernilai RM100,000. Kes diserahkan kepada Jabatan Perikanan Kelantan untuk tindakan lanjut.


Sumber : Pasukan Polis Marin Pangkalan Kubor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS