| Sabak
Bernam, 7 Feb – Ketua Polis Balai Sungai Besar, Insp. Kamaruzaman b.
Masbah semalam bersama dengan anggota Balai Polis Sungai Besar telah
mengadakan operasi memusnahkan 'port' penagih dadah di kawasan paya
bakau Lorong 1, Bagan Sungai Besar dengan melupuskan khemah-khemah serta
pelantar dan sebagainya.
Pasukan
operasi terpaksa meredah kawasan berpaya untuk memusnahkan 'port'
tersebut bagi membanteras aktiviti penagihan dadah sekali gus
mengurangkan jenayah di kawasan sekitar. Tindakan tersebut juga adalah
bagi menjaga kesejahteraan dan ketenteraman masyarakat setempat dari
gangguan oleh penagih dadah. Sumber : BERNAMA |