| Hulu
Selangor, 5 Mac – Empat lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam
sindiket curi motosikal di sekitar Bukit Sentosa, Hulu Selangor awal
pagi semalam. Serbuan
yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu
Selangor di dua lokasi berasingan telah membawa kepada penemuan beberapa
komponen motosikal yang diragui serta beberapa unit enjin motosikal
yang telah diubahsuai nombor enjin. Kompenan
motosikal tersebut dirampas dan keempat-empat suspek ditahan serta
disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)a Kanun
Keseksaan.  Sumber : Facebook Kontinjen Selangor |