| Polis
berjaya membongkar kegiatan pemalsuan pasport dan permit kerja warga
asing selepas menahan seorang lelaki warga Pakistan menerusi Ops
Bersepadu Khas Merentasi Agensi, bau-baru ini. Suspek
berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pos
kawalan sebuah kilang di kawasan perindustrian Senai ditahan di tempat
kerjanya jam 7.30 malam. Pemeriksaan
ke atas lelaki berkenaan mendapati dia tidak memiliki dokumen
perjalanan diri yang sah selain disyaki menjalankan aktiviti memalsukan
dokumen perjalanan diri warga asing lain dengan mengubah suai maklumat
dan mengambil upah sekitar RM30 hingga RM120. Pelbagai
barang turut dirampas yang disyaki digunakan untuk kegiatan berkenaan
termasuk telefon bimbit, komputer riba, alat pengimbas, beg, salinan 33
pasport dan permit kerja. Suspek ditahan reman di bawah Akta Imigresen
dan siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 12 A Akta Pasport.  Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian |