Menu

Sindiket Samun/Pecah Rumah Dan Menyamar Polis Tumpas

Bertindak atas maklumat, pihak polis telah membuat serbuan di Jalan Petaling Kg Sri Paya, Larkin, Johor. Dalam serbuan ini, 4 lelaki berjaya ditangkap disyaki terlibat dalam kes pecah rumah.

Susulan daripada tangkapan, satu lagi serbuan telah dibuat di sebuah rumah di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru dan berjaya menangkap 4 lelaki lagi rakan saspek. Kesemua tangkapan berumur antara 27-48 tahun.

Siasatan awal polis mendapati sindiket ini dipercayai bergerak aktif dalam kegiatan jenayah samun menyamar polis, samun jalanan dan pecah rumah di Johor Bahru Selatan dan lain-lain daerah di Johor.











Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS