| Baru
lima bulan penubuhannya, kejayaan demi kejayaan yang dicapai Pasukan
Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) jelas menunjukkan pasukan itu
adalah jawapan tepat bagi misi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membongkar
kegiatan sindiket pengedaran dadah khususnya yang berskala besar di
negara ini. Penubuhan
pasukan elit itu dilihat relevan dengan trend kegiatan pengedaran serta
penyeludupan dadah ke dalam negara yang sentiasa berubah dari semasa ke
semasa. Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, Datuk Noor Rashid
Ibrahim berkata, kejayaan STING terbukti apabila melumpuhkan beberapa
sindiket serta rangkaian dadah antarabangsa yang aktif di negara ini. Berdasarkan
statistik lima bulan penumbuhannya, STING merampas kira-kira 2,422
kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM118.27 juta. Kejayaan itu
pastinya meningkatkan lagi reputasi STING sebagai pasukan elit dalam
membanteras jenayah narkotik.  Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia |