Kota
Bharu: Sepasang suami isteri yang mendalangi lebih 14 kes jenayah,
termasuk pengedaran dadah ditahan polis, dalam serbuan di sebuah rumah
di Kampung Mengkali, di sini, petang kelmarin. Serbuan
dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis (IPK) Kelantan pada jam 6
petang itu, menahan suspek utama berusia 49 tahun dan isterinya berusia
39 tahun, yang juga warga Thailand. Turut
dirampas dalam serbuan itu, sepucuk pistol berserta empat biji peluru
jenis Col 30 buatan China, dipercayai dibeli dari negara jiran beberapa
hari lalu. Ketua
Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, ketika mengesahkan perkara
itu berkata, pasangan suami isteri itu ditahan dalam sebuah kereta
milik mereka di Kampung Mengkali dekat Kota Bharu. "Suspek
mengaku senjata api itu milik mereka yang baharu dibeli Khamis lalu
dengan harga RM500 di Thailand. Suspek turut mendakwa kali pertama
membeli senjata api itu menerusi rakan kenalannya dari negara jiran. "Bagaimanapun,
pemeriksaan terperinci mendapati pasangan suami isteri itu mempunyai
lebih 14 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kegiatan jenayah
selain pernah dipenjara sebelum ini," katanya.  Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian |