| Kuala
Lumpur, 2 April - Pada 19 Mac 2014 telah berlaku satu kejadian samun
kabel elektrik disebuah tapak pembinaan perumahan, Presint 11, Putrajaya
dipercayai dilakukan oleh 7 hingga 8 suspek dipercayai warga asing.
Kerugian
dianggarkan lebih kurang RM90,000.00 melibatkan kehilangan beberapa
gulung kabel letrik dan peralatan pejabat tapak projek berkenaan. Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur YDH. SAC Gan Kong meng berkata,
'susulan kejadian tersebut pada 27 Mac 2014, sepasukan polis daripada
Bahagian Siasatan Khas IPK Kuala Lumpur dan IPK Selangor telah
menjalankan Operasi Khas bagi mengesan suspek yang terlibat dan hasilnya
berjaya menahan (2) buah kenderaan di kawasan Tol Sri Alam, Lebuh Raya
Klang/Kuala Lumpur. Ketika pemeriksaan hendak dilakukan (4) orang
penumpang dari salah sebuah kenderaan yang ditahan bertindak melarikan
diri namum pasukan polis berjaya menangkap 7 orang suspek warga asing
yang tiada memiliki dokumen perjalanan yang sah selepas berlaku sedikit
pergelutan'. Pemeriksan
ke atas sebuah lagi kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan
berjaya menemui beberapa gulung kabel elektik pelbagai saiz dipercayai
dicuri dari bilik pameran kereta mewah di kawasan berhampiran. Pihak
polis juga telah merampas (2) bilah pemotong besi disyaki peralatan yang
digunakan untuk mencuri kabel elektrik berkenaan. Siasatan
lanjut telah dijalankan dan pada 1 April 2014 Polis Kuala Lumpur telah
membuat serbuan disebuah kedai perniagaan barang-barang terpakai di Batu
7½, Jalan Sg. Besi, Kuala Lumpur. Tangkapan telah dibuat ke atas (4)
orang lelaki warga asing yang juga pekerja kedai berkenaan kerana tiada
dokumen pejalanan yang sah dan mengaku pernah menerima barang-barang
berupa kabel elektrik dari kumpulan warga asing yang sedang disiasat. Dengan
tertangkapnya kumpulan ini polis percaya telah berjaya menyelesaikan
(2) kes curi kabel yang dilaporkan di Kuala Lumpur dan Selangor.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana
melakukan Samun Berkawan Tanpa Senjata Api'. Dalam
kes berasingan pula, dua lelaki dan seorang perempuan Melayu telah
ditahan bagi membantu siasatan kerana terlibat melakukan samun disebuah
kedai 24 jam 7-Eleven di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
pada 30 Mac 2014 melibat kerugian RM30,000.00. Tangkapan pertama dibuat
ke atas seorang lelaki berumur 26 tahun dan berkerja sebagai bouncer di
kelab malam berdekatan tempat kejadian oleh sepasukan polis dari
Bahagian Siasatan Khas IPK Kuala Lumpur. Siasatan
yang dijalankan mendapati suspek merupakan teman lelaki kepada Pengurus
cawangan kedai 24 jam berkenaan iaitu wanita yang ditahan bersama
suspek dan juga seorang penjawat awam yang telah tidak hadir bertugas
sejak tahun 2012. Suspek mengaku terlibat melakukan jenayah berkenaan
bersama seorang lagi rakan sekerjanya. Pasukan polis telah dibawa ke
sebuah flat di Taman Desa Kuala Lumpur dan berjaya menahan seorang
lelaki berumur 23 tahun serta merampas wang tunai sebanyak RM6,000.00
juga sebuah telefon bimbit untuk siasatan lanjut. Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur menambah, 'punca kejadian
dipercayai kerana suspek telah berhutang dengan peminjam wang tanpa
lessen dan terlibat dalam permainan judi internet. Kesemua suspek telah
ditahan reman selama 4 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun
Keseksaan kerana melakukan Samun Tanpa Senjata Api'.  Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur |