| Polis
Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang
membantu dan memberi maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkapnya
suspek kes menyamar pekerja TNB yang bergiat aktif di sekitar daerah
Perak Tengah sejak April 2013. Suspek
yang memakai pakaian menyerupai pekerja TNB memperdayakan mangsa yang
terdiri daripada warga emas dengan memberi alasan mahu memeriksa suis di
dalam rumah sebelum merompak mangsa. Suspek
dipercayai terlibat dengan kes menyamar pekerja TNB di Kg Selat, Bota
Kanan, Batu 26 Jln Tronoh, Bota Kanan, Batu 14 1/4, Padang Marhum,
Lambor Kanan , Kg Semangat 2, Titi Gantung Bota dan Batu 14 3/4, Teluk
Bakong.  Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak |